Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web




Utama

Gambar

Terbaru

Pengaturcaraan

Laman kami

Buku tamu

UTM Students

Virus komputer

Komputer

Intenet

Games

Persahabatan

Foto

Foto

Cracker


Komputer

Imac

Dapatkan tip-tip untuk komputer anda:
1.Masalah
2.Perkakasan
3.Modem




MASALAH DAN PENYELESAIAN


Soalan 1 (15 April 1998) - Tidak boleh terima e-mel

Ketika saya menggunakan akaun JARING, e-mel tidak dapat diterima. Untuk pengetahuan Jalinan JARING, saya boleh menghantar e-mel. Apakah punca dan bagaimana bagi mengatasi masalah ini?

Jawapan
Antara punca e-mel tidak dapat diterima serta panduan bagi mengatasinya ialah seperti berikut:-
E-mel yang dihantar terlalu besar atau melebihi had yang dibenarkan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet.
Fail yang dilampirkan ( Attachment File ) bersama e-mel yang dihantar terlalu besar
Perisian e-mel tidak dapat membaca "Attachment File".
Perisian tidak dapat menyokong jenis akaun e-mel yang dilanggani. Pastikan perisian e-mel yang digunakan mampu menyokong jenis akaun yang dilanggani sama ada POP atau UUCP. Contoh:Netscape atau Eudora menyokong akaun jenis POP sebaliknya Winnet menyokong akaun jenis UUCP
Alamat e-mel bagi penerima tidak disetkan dengan tepat oleh pengirim.
"Incoming Mail (POP3) Server" tidak disetkan dengan betul. Sila hubungi Penyedia Internet sekiranya anda tidak pasti mengenainya.
"POP3 User Name" atau "Mailserver User Name" atau "POP3 Account" atau "Account Name" atau "User-id" atau "E-mail Username" tidak disetkan dengan betul. Contoh: Sekiranya e-mel anda ialah abc@pc.jaring.my, "POP3 User Name" atau "Mailserver User Name" atau "POP3 Account" atau "Account Name" atau "User-id" atau "E-mail Username" anda ialah abc.
Nota:
Bagi Eudora 1.5.2 dan Eudora (Lite) Pro 3.0, POP account ialah abc@relayN.jaring.my dimana N ialah nombor "mail server" ahli. "Setting" bagi perkara ke 7 ini bergantung kepada jenis perisian yang digunakan.





Soalan 2 (13 Mei 1998) - Terlalu ramai cuba capai
Apabila saya masukkan satu alamat URL, saya menerima mesej Network connection refused by the server. Apakah maksudnya

Jawapan

Mesej begini menunjukkan terlalu ramai pengguna cuba mencapai laman web yang sama. Jika menerima mesej ini ketika mencapai tapak web yang kerap anda kunjungi, cuba semula dalam masa beberapa minit kemudian.


Soalan 3 (13 Mei 1998) - Sambungan hadapi masalah
Apa yang dimaksudkan dengan mesej berikut : Unable to locate the server. The server does not have a DNS entry

Jawapan

Sistem Nama Domain atau Domain Name Server (DNS) adalah kaedah yang digunakan untuk mencari alamat Internet yang anda masukkan. Ralat ini terjadi mungkin disebabkan tapak tersebut memang tidak wujud atau sambungan kepada penyelia perkhidmatan Internet (ISP) menghadapi masalah.
Untuk membuktikan sambungan kepada ISP bukan punca masalah, cuba tapak web yang anda ketahui memang ada DNS, seperti http://www.jaring.my
Jika masih lagi mendapat ralat DNS, kemungkinan besar sambungan kepada ISP tidak dapat dilakukan. Anda juga turut boleh cuba kosongkan ruang cache untuk menyediakn ruang cache kosong daripada dokumen yang selalu anda capai atau laman web yang selalu dilawati



Soalan 4 (13 Mei 1998) - PC keliru bersama pengguna
This program has performed an illegal operation and will be shut down. Apakah maksudnya? Bagaimana untuk kosongkan ruang cache komputer?

Jawapan

Ralat ini menandakan komputer anda keliru dengan apa yang sedang anda lakukan. Cuba kosongkan ruang cache atau mulakan semula (restart) perisian pelayar anda.

Untuk mengosongkan cache, ikuti langkah berikut:

Netscape Communicator

Pergi ke menu Edit, klik sub menu Preferences
Di bawah Category, pilih Advanced
Klik Advanced dua kali dengan tetikus dan ia akan keluar sub-menu Cache
Menu Cache akan paparkan kotak dengan butang Clear Memory Cache dan Clear Disk Cache. Klik kedua-dua butang tersebut
Akhir sekali klik butang OK
Internet Explorer 3.0
Pergi ke menu View, klik Options
Klik butang Advanced dan kemudian klik Settings
Klik butang Empty Folder
Satu kotak dialog akan paparkan mesej Delete all files in the Temporary Internet Files folders?, klik Yes


Soalan 5 (27 Mei 1998) - Proses hantar fail besar
Sebagai ahli bagaimanakah cara untuk saya melakukan proses upload sebarang fail pada komputer ke pelayan FTP JARING ?

Jawapan
Protokol Pemindahan Fail (FTP-File Transfer Protocol) merupakan kaedah piawai bagi memindahkan fail. Untuk melakukan proses hantar (upload) ke pelayan JARING, anda boleh menggunakan sama ada menggunakan pelayar Web Netscape atau perisian FTP seperti WS_FTP.
A. Netscape

Buka pelayar Netscape. Pastikan anda disambungkan ke Internet.
Di bawah menu Location, taipkan ftp.jaring.my/pub/incoming
Pergi menu 'File' dan pilih 'Upload file'.
Pilih fail yang anda ingin dihantar.

B. WS_FTP
Perisian ini menawarkan antara muka grafik yang mudah yang memboleh kan anda hantar dan ambil fail tanpa mengetahui perintah-perintah ini.
Tetingkap Utama (Main Windows) WS_FTP disusun menjadi dua bahagian. Bahagian pertama mewakili komputer anda, termasuk direktori dan fail yang terdapat di dalamnya, manakala bahagian kedua memaparkan fail dan direktori yang terdapat pada komputer yang jauh.
Tetingkap yang memaparkan komunikasi antara kedua-dua komputer tersebut turut diberikan. Dengan hanya mengklik tetikus, fail akan dipindahkan secara automatik antara komputer.




Soalan 6 (5 Ogos 1998) - Simpan fail berasingan
Saya ingin tahu, bagaimanakah caranya untuk "save file" dari internet, dimana teks dan grafiknya tidak berubah. Selalunya saya hanya berjaya menyimpan (save) file secara berasingan, dimana file teks dan grafiknya terpaksa disimpan dalam nama/format yang berasingan. Adakah caranya yang membolehkan kita menyimpan file seperti dalam bentuk asalnya iaitu teks dan grafiknya berada dalam satu file sahaja.

Jawapan

Terdapat satu cara untuk menyimpan (save file) dari internet atau laman web di mana teks dan grafiknya dapat dikekalkan. Jika anda menggunakan Netscape Communicator sebagai applikasi pelayar (browser), ia akan menyimpan kandungan teks dan grafik dalam satu fail yang sama. Berikut ialah langkah bagi proses penyimpanan tersebut:-

Pastikan Netscape Communicator dibuka dan tersambung ke Internet.
Klik medan address
Taip URL yang hendak dilawati seperti http://www.jaring.my/bharian
Pilih menu Fail dan klik Edit Page kemudian klik Save As dan simpan laman yang mengandungi teks dan grafik sebagai nama fail baru yang mempunyai sambungan (extension) html. Contoh : bharian.html
Anda disyorkan menyimpan fail di atas sama ada pada cakera keras atau pada disket.
Untuk melihat hasilan penyimpanan, anda boleh menggunakan pelayar secara sistem berdiri sendiri (stand alone) tanpa bersambung ke JARING/Internet.


Soalan 7 ( 12 Ogos 1998) - Guna Telnet Win 95
Selepas membaca satu artikel dalam Berita Komputer keluaran 6.5.98, saya mencuba untuk login ke server e-mail dengan menggunakan kemudahan Telnet. Bagaimanakah cara untuk menggunakan telnet ini melalui Win 95?

Jawapan

Telnet ialah protokol yang membolehkan komputer desktop bertindak dan berkomunikasi sama caranya seperti terminal dungu. Telnet juga merujuk kepada protokol yang membolehkan anda bersambung kepada komputer melalui Internet, dan bukan melalui Rangkaian Kawasan Setempat (LAN - Local Area Network).

Microsoft telah menyertakan aturcara Telnet yang ringkas bersama-sama sistem pengoperasian Win 95. Pakej ini membolehkan anda menggunakan protokol Telnet pada Internet dan menyambungkan anda ke mana-mana komputer dunia. Perisian ini menggunakan protokol VT100, VT52 dan ANSI untuk berkomunikasi dan serasi dengan kebanyakan komputer.

Untuk disambungkan ke kerangka utama IBM, anda memerlukan atur cara Telnet versi lain yang mempunyai protokol IBM 3270.

Telnet biasanya digunakan oleh pengguna yang mempunyai kebenaran untuk memasuki sesuatu komputer. Setiap kali menggunakan telnet, beliau dikehendaki memasukkan nama pengenalan atau ID pengguna dan kata laluan.

Sebagai contoh, setiap ahli JARING boleh menukarkan kata laluan melalui kemudahan telnet. Berikut ialah langkah menggunakan kemudahan Windows 95 bagi menukar kata laluan:-

1. Pastikan anda telah bersambung ke JARING/Internet.
2. Pergi ke Butang Start kemudian pilih menu Run.
3. Kotak Run dengan mesej " Type the name of a program, folder, or
document, and Windows will open it for you" akan diberikan.
4. Pada menu Open: Tuliskan telnet rs.jaring.my. Gunakan login sebagai
"service". Kemudahan ini tidak perlu menggunakan kata laluan.
5. Main Menu akan dipaparkan. Ikuti arahan dan menu seterusnya.





Soalan 8 (12 Ogos 1998) - FTP hantar lampiran

Saya menggunakan Win 95 dan Netscape Mail bagi menghantar dan menerima e-mel. Sahabat menasihatkan supaya saya menggunakan kemudahan FTP jika mahu menghantar e-mel yang mengandungi "attachment" file (mengandungi imej, grafik dan carta). Perlukah saya menuruti nasihat tersebut? Jika perlu, mengapa ?
Jawapan

Ya - anda perlu mengikuti nasihat tersebut bagi attachment bersaiz dalam linkungan megabait. Untuk pengetahuan anda dan pembaca umum - selain dari faktor talian yang stabil, akaun dan perisian yang bersesuaian, modem yang berkualiti serta komputer yang baik, e-mel akan diterima serta dihantar dengan pantas bilamana kandungannya kecil.

Untuk mengirimkan gambar (imej) melalui kemudahan e-mel, anda dinasihatkan menukarkan gambar tersebut ke dalam format GIF atau JPG. Sesuai dengan fungsi FTP (File Transfer Protocol) yang menyokong penghantaran fail yang besar, anda disyorkan supaya menggunakan kemudahan ini bagi tujuan menerima atau menghantar fail yang berformat sama ada GIF, JPG, AU dan sebagainya.

Nasihat:
Anda disyorkan menggunakan kemudahan FTP bilamana ingin menghantar e-mel yang mengandungi imej yang bersaiz besar (lebih dari 3 MB).
Setiap ahli JARING yang boleh menguji "kepantasan" dan "ketepatan" e-mel dengan menghantar "sepucuk" e-mel kepada test@jaring.my. Pihak
Postmaster@jaring.my akan sentiasa melayani anda.


Soalan 9 (19 Ogos 1998) - Cara cipta laman web

Bagaimanakah cara untuk kita mencipta sebuah laman web peribadi (Personal Homepage) ? Bolehkah Jalinan JARING menerangkan serba ringkas proses untuk mencipta sesebuah laman web?
Jawapan

Laman web semakin popular di dunia siber dewasa ini. Ia merupakan kaedah terkini bagi mengiklankan sesuatu produk disamping fungsi asalnya - sebagai media penyampai serta sumber maklumat. Kepentingan dan kemasyhurannya tidak dapat dipertikaikan lagi. Pelbagai jenis laman web wujud di Internet. Antaranya ada yang bercorak sukan, pendidikan, pelancongan, hiburan dan
sebagainya.

Untuk mencipta sesebuah laman web anda seharusnya mengetahui serba sedikit asas bahasa pengaturcaraan yang digunakan, antaranya ialah HTML, C++, Java, Lotus Notes dan sebagainya.

Terdapat pelbagai tapak (site) yang menyediakan maklumat untuk pengguna Internet dalam mempelajari langkah mencipta sebuah laman web. Umpamanya, di tapak tempatan - antara yang masyhur ialah di http://www.upm.edu.my/tutor/ Ia terletak di pelayan (server) UPM. Maklumat di laman web ini akan dapat membantu anda dalam penciptaan sebuah laman web yang diimpikan.

Dua langkah berikut boleh dijadikan panduan asas dalam menyiapkan laman
web anda:-

A. MENYIAPKAN REKEBANTUK LAMAN WEB

Kaedah paling mudah ialah dengan menjadikan sesebuah laman web yang sedia ada sebagai rangka asal dan kemudiannya diubah suai menjadi laman web anda. Langkah bagi pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

Pilih laman Web yang menarik minat anda untuk dicontohi. Amaran - Berhati-hati dalam isu hak cipta terpelihara sesebuah laman web yang akan dicontohi.
Simpan (save) laman web tersebut ke dalam komputer peribadi anda.
Kemudian, buka fail yang anda simpan melalui pelayar (browser) yang digunakan. Kebanyakkan pelayar mempunyai penyunting (editor) yang boleh menjalankan tugas ini. Antara pelayar dan penyunting yang disyorkan ialah Netscape Navigator Gold. Anda juga boleh menggunakan perisian khas HTML seperti Hotdog, PageMill dan sebagainya.
Lakukan pengubahsuai pada skrip HTML dan tukarkan kandungan fail asal dengan memasukkan maklumat yang ingin anda pamerkan. Simpankan fail yang telah diubahsuai ini dengan nama fail.html
Kini anda telah mempunyai fail seterusnya laman web sendiri.

B. MEMINDAHKAN LAMAN WEB KE PEMBEKAL RUANGAN

Terdapat banyak pembekal ruangan web percuma. Antaranya ialah geocities, tripod, xoom dan sebagainya. Anda perlu mendaftarkan diri anda pada mana-mana pembekal yang digemari. Anda seterusnya akan diberikan URL anda sendiri. Setelah meletakkan laman web anda di situ anda boleh
melihat laman web anda dengan menggunakan URL yang diberikan. Sekarang anda telah berjaya mempunyai laman web sendiri. Untuk lebih menampakkan anda seorang yang berfikiran kreaktif dan seni, anda boleh memasukkan ciri-ciri teknologi seperti animasi, bunyi dan sebagai nya ke laman web anda. Selain anda boleh memasukan perkhidmatan tambahan seperti ruangan borak, realiti maya, ciri-ciri interaktif dan sebagainya.
Nota:
Rujuk BERITA KOMPUTER 27.5.98 untuk proses "upload" dan "download" fail.

Nasihat dan pandangan

Kekalkan adat ketimuran dan tatasusila serta kesopanan dalam penyediaan sesebuah laman web sama ada laman tersebut untuk kegunaan peribadi mahupun rasmi.
Pastikan bahasa yang digunakan betul susun atur ayat dan tatabahasanya. Gunakan bahasa yang bersesuaian dan anda disyorkan menggunakan Bahasa Malaysia.
Elakkan dari menggunakan imej yang bersaiz besar dalam setiap laman web kerana ia mempengaruhi waktu paparan ke skrin komputer.
Data serta maklumat sesebuah laman web perlulah disemak. Anda disyorkan untuk menyemak dan mengemaskini laman web anda pada setiap 3 bulan.
Anda disyorkan menambahkan pengetahuan dalam penciptaan laman web dengan mendapatkan idea-idea baru melalui kekerapan melungsuri laman web masyarakat Internet.
KEBIJAKSANAAN untuk menerima dan menyampaikan setiap maklumat laman web terletak DALAM DIRI masing-masing.



Soalan 10 - 26 Ogos 1998
Saya menggunakan Netsape Communicator sebagai pelayar (browser) untuk melungsuri Internet/WWW. Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan secara lengkap atau penuh senarai gambar atau imej daripada laman
jaringan (web page) yang telah dilawati ?

Jawapan

Terdapat dua kaedah untuk mendapatkan senarai gambar atau imej daripada laman jaringan yang anda telah lawati iaitu :-

A MELALUI FOLDER CACHE

Melalui kaedah ini, anda boleh mendapatkan gambar atau imej laman jaringan yang telah anda lungsuri. Melalui kaedah ini - gambar atau imej akan diperolehi secara berasingan. Berikut ialah langkah bagi proses perolehan gambar dan imej:-

Selepas melungsuri laman-laman tertentu melalui pelayar - putuskan sambungan dari JARING/Internet.
Pergi ke butang Start --> Program --> Windows Explorer.
Kemudian pergi ke Program Files --> Netscape.
Pilih folder Users.
Gambar atau imej akan dipaparkan bilamana anda dwiklik fail yang dikehendaki.
B MELALUI ATURCARA KHAS

Melalui kaedah ini gambar atau imej laman jaringan yang telah dilawati boleh diperolehi secara lengkap atau dalam bentuk senarai panjang. Gambar atau imej masih disimpan di dalam folder cache.

Untuk memperolehi dalam bentuk senarai panjang, anda boleh menggunakan aturcara khas seperti IrfanView32. Melalui aturcara ini, gambar dan imej akan diperlihatkan secara lengkap dalam bentuk "slide show.

Aturcara khas ini boleh diperolehi (download) melalui laman jaringan di URL http://stud1.tuwien.ac.at/~e9227474/





Soalan 11 - 2 Sept 1998:
Saya telah memasang perisian VeriSign (Digital Signature) pada perisian e-mel Outlook Express. Melaluinya, saya cuba menghantar e-mel kepada rakan. Didapati rakan saya tidak dapat membuka e-mel yang telah dihantar.

a. Apakah yang dimaksudkan Tandatangan Digital (Digital Signature) dan S/MIME ?
b. Bagaimana untuk mengkonfigurasi "Digital Signature" pada perisian e-mel "Microsoft Outlook" ?
c. Mengapakah penerima tidak boleh membuka e-mel yang dihantar?

Jawapan

a. Tandatangan Digital merupakan kaedah untuk mengenalpasti serta mengesahkan identiti seseorang bila
mana menggunakan aplikasi dalam Internet termasuk perisian e-mel. S/MIME adalah singkatan dari
Secure/Multipurpose Internet Mail Extension. Ia merupakan protokol tambahan untuk keselamatan yang
digabungkan bersama MIME (Multipurpose Internet Mail Extension). MIME adalah satu
format piawai untuk kegunaan transaksi surat elektronik yang tidak memiliki ciri-ciri keselamatan.

S/MIME diwujudkan bagi menangani masalah berkaitan kemungkinan berlakunya kecurian dan
pencerobohan e-mel. Ia melindungi maklumat dalam dua cara iaitu melalui Tandatangan Digital dan Kod
Sulit (Encryption Code).

Maklumat berbentuk encrypt hanya boleh dihantar dan diterima oleh kedua-dua pihak jika
kedua-duanya memiliki Digital ID. Mereka perlu menggunakan protokol yang sama seperti S/MIME dan
PGP/MIME. Sipenerima perlu mempunyai Digital ID si pengirim dan sebaliknya.

Untuk menggunakan aplikasi di atas, anda perlu memiliki "Digital ID"dengan mendaftar pada syarikat
keselamatan digital seperti VeriSign, Belsign, Frontier, Qualcomm dan sebagainya.

b. Berikut adalah kaedah untuk mengkonfigurasi S/MIME pada Microsoft Outlook:-

Pastikan anda telah bersambung ke JARING/Internet.

Buka perisian Outlook Express.
Pergi ke Tools -> options -> Security -> klik Get Digital ID dan ia terus disambungkan ke halaman Verisign dan anda hanya perlu berdaftar.
Nombor Pin akan diberikan melalui e-mel dan anda perlu menggunakan nombor pin tersebut untuk mendapatkan Digital ID dan seterusnya dipasangkan ke dalam Microsoft Outlook Express.
Kemudian pergi ke Accounts -> Mail -> Properties -> Security -> klik Use Digital ID When Sending.... dan seterusnya klik Digital ID untuk mendapatkan Digital ID anda.
Pada tahap ini, anda sudah boleh menghantar pengesahan Digital ID anda kepada sesiapa sahaja. Untuk
menghantar fail sulit (encryption fail) anda perlu mempunyai salinan Digital ID penerima di dalam buku
alamat (address book). Berikut adalah kaedah untuk memperolehi salinan tersebut:-

Highlightkan pengesahan e-mel yang diterima.
Klik butang kanan mouse.
Pilih properties -> Security -> klik Add Digital ID to Address Book.
Nota:
1. Keterangan lebih lanjut sila ke laman www.imc.org/draft-ietf-smime-msg
2. Untuk membaca e-mel encrypt yang menggunakan S/MIME, penerima perlu menggunakan protokol
yang sama, memiliki salinan Digital ID penerima dan perisian e-mel mestilah menyokong aplikasi ini.


c. Antara sebab mengapa penerima tidak boleh membuka/membaca e-mel yang mengandungi
fail berbentuk encrypt ialah:-

Penerima tidak memiliki salinan Digital ID pengirim.
Penerima menggunakan PC dan perisian e-mel yang berlainan (perlu diingat hendaklah menggunakan PC dan perisian e-mel yang telah dipasangkan Digital ID, jika tidak e-mel tersebut tidak dapat dibuka sama sekali). Digital ID boleh diimport dan diekspot bagi kegunaan PC dan perisian e-mel lain.
Penerima tidak mengaktifkan Digital IDnya sendiri.
Digital ID telah tamat tempoh penggunaannya.
Perisian e-mel tidak menyokong S/MIME.





SOAL JAWAB PERKAKASAN
Soalan 1 (22 April 1998) - Sukar buat sambungan
Setiap kali saya (pengguna baru JARING kategori talian dail) cuba bersambung (connect) ke rangkaian JARING, Windows 95 memberikan ralat kesalahan seperti berikut: " Cannot establish a compatible set of network protocols. Please check the configuration and try again. "

Jawapan
Ralat ini menandakan terdapat "conflict" antara beberapa set di dalam " Network Control Panel " komputer anda. Berikut ialah panduan bagi menyelesaikan masalah di atas:-
Klik butang Start, pilih Setting dan Control Panel. Di dalam folder Control Panel, pilih ikon Network.
Di dalam tetingkap Network, anda akan melihat konfigurasi Network seperti kad dan protokol rangkaian yang dilengkapkan.
Di bawah kotak bertanda " The following Network components are installed: " pastikan terdapat 2 komponen berikut iaitu:-
Dial Up Adapter
TCP/IP

Penting:

Komponen seperti NetBUEI dan IPX/SPX-compatible Protocol digunakan oleh Rangkaian Kawasan Setempat - RKS (LAN - Local Area Network). Sekiranya anda tidak menggunakan RKS, keluarkan komponen ini dari konfigurasi Network.
Bagi mengeluarkan komponen, ikuti langkah 1 dan 2. Di dalam tetingkap Network, tandakan (highlight) komponen yang hendak dikeluarkankan. Klik ikon remove bagi proses pengeluaran.
Selepas mengeluarkan (remove) komponen yang tidak diperlukan di dalam Network Control Panel, ulang-mula (restart) komputer anda. Lakukan proses "connection" ke JARING semula.

Jika anda terus menghadapi ralat yang serupa, pergi semula kepada Network Control Panel dan ikuti langkah berikut:-
Klik TCP/IP di dalam senarai, kemudian pilih butang Properties.
Klik pada Tab IP Address dan pastikan "Obtain IP address automatically" dipilih.
Klik pada Tab DNS Configuration. Adakah anda pilih Enable DNS atau Disable DNS ? Pastikan anda telah memilih Enable DNS. Jika Enable, semak semula maklumat yang telah anda masukkan. Betulkan mana-mana maklumat yang didapati salah.
Host sebagai jaring (huruf kecil)
Domain sebagai jaring.my (huruf kecil)
DNS Server Search Order sebagai:-
161.142.2.17
161.142.227.17
161.142.212.17

Kemudian klik OK setelah selesai. Ulang-mula (restart) komputer anda. Jika terdapat pembetulan, spesifikasi baru akan mula berfungsi. Lakukan proses "connection" semula.


Soalan 2 - (20 Mei 1998) - Ralat tiada DNS
Saya menerima mesej kesalahan bertulis, "This server has no DNS entry, please check the name and try again" bilamana cuba menggunakan pelayar web untuk ke laman JARING/Internet. Apakah punca dan bagaimana untuk menanganinya?

Jawapan
Ralat biasanya berlaku apabila kemudahan SND-Sistem Nama Domain (DNS-Domain Name Server) iaitu cara piawai untuk menyatakan alamat Internet tidak digunakan (disable DNS) atau terdapat kesilapan dalam memasukkan nombor DNS.
Berikut ialah langkah bagi mengatasinya :-

Klik Folder My Computer dan pilih menu Dial-Up Networking.
Tandakan (highlight) ikon JARING/Internet yang telah diciptakan, pilih File dan klik Properties.
Di kotak bertanda Connect Using, klik Server Type.
Di bawah Advance Options, pilih hanya Enable software compression.
Di bawah Allowed network protocols, pilih hanya TCP/IP. Seterusnya klik ikon TCP/IP Settings.
Penting:

Pastikan anda telah memilih:-

Server assigned IP address.
Specify name server addresses. Jika telah dipilih, semak semula maklumat yang telah dimasukkan.
Betulkan mana-mana yang didapati salah.

Primary DNS sebagai 161.142.2.17
Secondry DNS sebagai 161.142.227.17

Klik butang OK setiap kali diminta dan tutup skrin Dial-Up Networking.
Klik butang Start dan pilih Settings kemudian klik Control Panel.
Dwiklik ikon Network. Ikuti langkah seterusnya iaitu:-
Klik Tab Configuration, pilih TCP/IP->Dial Up Adapter di dalam senarai, kemudian klik butang Properties.
Klik pada Tab IP Address dan pastikan Obtain IP address automatically dipilih.
Klik pada Tab DNS Configuration. Pastikan anda telah memilih Enable DNS. Jika Enable, semak semula maklumat yang telah dimasukkan. Betulkan mana-mana maklumat yang didapati salah.
Host sebagai jaring (huruf kecil)
Domain sebagai jaring.my (huruf kecil)
DNS Server Search Order sebagai:-
161.142.2.17
161.142.227.17
161.142.212.17

Nota: Klik butang Add selepas setiap kali anda memasukkan nombor DNS.

Kemudian klik OK setelah selesai. Ulang-mula (restart) komputer anda. Jika terdapat pembetulan, spesifikasi baru akan mula berfungsi. Lakukan proses penyambungan (connection) semula.




Masalah Modem
Soalan 1 (13 Mei 1998) - Modem lebih penting
Apakah jenis komputer yang patut saya gunakan bagi menyambung kepada Internet

Jawapan

Sebarang komputer boleh diguna dengan syarat modem boleh disambungkan. Bagaimanapun, bagi menggunakan antara muka bergrafik World Wide Web yang menjadi keperluan utama selepas aplikasi e-mel, anda perlukan komputer peribadi (PC) dengan sistem pengoperasian Windows (kami cadangkan Windows 95) atau Apple Macintosh

Jika mahu membeli komputer baru, kami cadangkan spesifikasi minimum : Windows 95, pemproses Pentium 100MHz, cache 256Kb, 16 Mb RAM, kad grafik dengan 2 MB RAM, pemacu CD-ROM 6 Kelajuan, kad bunyi 16-bit, pembesar suara dan monitor 14 inci




Soalan 2 ( 27 Mei 1998) - Percanggahan aplikasi
Mesej "The modem is being used by another Dial-up Networking connection or another program. Disconnect the other connection or close the program, and then try again " diperolehi sewaktu cuba membuat penyambungan ke JARING/Internet. Mengapa ini terjadi dan bagaimana mengatasinya?
Jawapan
Mesej ini cuba memberitahu anda bahawa terdapat percanggahan (conflict) di antara aplikasi-aplikasi yang cuba menggunakan modem.
Lazimnya ralat diperolehi apabila anda cuba membuat sambungan ke JARING/ Internet sedangkan pada masa yang sama komputer telah dijalankan dengan aplikasi yang lain contohnya aplikasi faksimili.

Berikut ialah penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut:-

Tutup (Close) atau Keluar (Exit) terlebih dahulu aplikasi yang sedang digunakan sebelum menggunakan aplikasi lain yang akan menggunakan modem yang sama.
Jika anda menggunakan modem jenis luaran (externel modem), pastikan modem ditutup dan dibuka semula (reset).
Jika anda menggunakan modem jenis dalaman (internel modem), pastikan komputer diulang-mula (restart)




Soalan 3 (10 Jun 1998) - Perbezaan mutu hantaran data
Saya menggunakan talian PSTN dan modem 33.6kbps (automatically detected). Kelajuan maksimum modem
telah disetkan kepada 115200bps. Tanpa sebarang kesulitan, komputer berjaya bersambung ke
JARING/Internet. Status kelajuan yang diberikan melalui paparan skrin ialah 33600bps.

Apakah jenis kelajuan yang dipaparkan ?
Mengapa perbezaan nilai ini berlaku ?
Bagaimanakah modem jenis auto detected dapat menseimbangkan kelajuan talian dengan kelajuan DTE?
Dengan modem tanpa auto detected, apakah kesan jika mensetkan kelajuan modem terlalu tinggi ?
Bagaimana untuk menurunkan kelajuan modem ?
Jawapan

Kelajuan yang dipaparkan di skrin komputer anda menunjukkan nilai kelajuan DTE (DTE Speed) dan bukannya kelajuan talian (Line Speed). Julat kelajuan DTE yang boleh diberikan oleh komputer ialah antara 110bps hingga 115200bps.
Perbezaan nilai kelajuan DTE yang diperolehi (33600bps) berbanding dengan nilai kelajuan modem yang telah disetkan (115200bps) berlaku ialah kerana komputer perlu menseimbangkan kedua-dua jenis kelajuan bagi memastikan transmisi data berjalan dengan lancar.
Modem berasaskan auto detected dapat mengenalpasti kelajuan hasil penyambungan ke Internet. Ia dapat mengurangkan julat perbezaan antara kelajuan DTE dengan kelajuan talian.
Ia boleh mengganggu kelancaran sambungan ke Internet di mana sambungan mungkin terputus (disconnect) terutama bila kualiti talian kurang memuaskan. Anda perlu mengkonfigurasikan kelajuan modem pada kadar yang bersesuaian (tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah) untuk mendapatkan kelajuan yang stabil
Nota :
Kelajuan talian jenis PSTN yang dapat dicapai melalui teknologi semasa adalah sehingga 56kbps. Kelajuan talian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antara lain ialah kualiti dan jenis talian, kawasan dan waktu ianya digunakan. Sebelum menentukan nilai maksimum yang perlu disetkan pada kelajuan modem, anda perlu menyelidiki terlebih dahulu kemampuan sebenar modem serta kelajuan talian.





Soalan 4 (24 Jun 1998) - Fungsi, perbezaan modem
Sejak menyertai JARING pada awal 97, saya dan keluarga mulai mencintai dunia IT. Melalui pembacaan BERITA KOMPUTER, kami terus mendalami dunia ini.

a. Apakah modem dan fungsinya ?
b. Apakah perbezaan modem K56Flex berbanding x2 ?
c. Adakah JARING telah membuka laluan bagi penggunaan modem 56K ?
d. Bagaimana untuk menguji bahawa sesuatu modem itu sedang mengalami kerosakan ?

Jawapan

a. Modem merupakan sebuah peralatan elektronik yang digunakan bagi membolehkan satu komputer membuat hubungan dengan komputer lain yang juga dilengkapkan dengan peralatan yang sama. Perkataan MODEM adalah singkatan daripada "MOdulator" dan "DEModulator". Fungsi modem adalah untuk menukarkan (modulator) data atau isyarat digital daripada komputer kepada isyarat analog untuk dihantar melalui saluran telefon. Kemudian modem pada komputer yang menerima isyarat berkenaan akan menukarkan semula (demodulator) kepada isyarat digital.

b. Teknologi modem utama masa kini terbahagi kepada dua, iaitu 33.6K dan 56K. Modem K56Flex dan x2 merupakan teknologi di bawah teknologi 56K. Modem K56Flex merupakan modem keluaran Syarikat Rockwell Semiconductor Systems Inc dan Lucent Technologies (LU) manakala x2 adalah modem yang dikeluarkan oleh Syarikat 3Com Corp/U.S. Robotics.

Kedua-dua keluaran modem di atas telah disatukan dan diperbaiki untuk dipiawaikan di bawah suatu piawaian iaitu V.90. Piawaian dilakukan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU - International Telecomunication Union).

c. JARING telah membuka laluan bagi pengguna yang berhasrat menggunakan modem berteknologi 56K. Kelajuan talian (line speed) yang diperolehi bergantung kepada kualiti talian yang digunakan dan cara panggilan di"route"kan oleh ibusawat telefon Syarikat Telekomunikasi (Telco)

d. Kerosakan sesebuah modem yang digunakan dapat diuji melalui kemudahan Windows 95. Pengujian boleh dibuat sama ada melalui kaedah 1 atau kaedah 2. Sebelum pengujian, pastikan semua kabel sambungan peralatan adalah baik dan lengkap. Pastikan juga modem telah mendapat bekalan elektrik. Berikut ialah kaedah dan langkah-langkah pengujian.

KAEDAH 1 (Melalui Control Panel)

Klik butang Start, pilih Setting dan Control Panel
Dwiklik ikon Modems,
Di bawah menu Modems Properties dan Tab Port, pilih port yang digunakan oleh modem.
Klik butang Diagnostic dan pilih menu More Info.
Tunggu hasil diagnostic.
KAEDAH 2 (Melalui Hyper Terminal)
Klik butang Start, pilih Programs kemudian Accessories dan akhir sekali pilih Hyper Terminal.
Dwiklik ikon Hypertrm. Di bawah Kotak Connection Description taipkan nama ikon JARING yang telah dicipta.
Di bawah kotak Phone Number, masukkan nombor yang digunakan untuk akses ke JARING/Internet iaitu 1511 atau nombor biasa.
Pastikan maklumat dalam menu Phone Number (Country code, Area code dan Connect using) telah dilengkapi dengan maklumat yang betul. Klik OK.
Kotak dengan menu Connect akan dipaparkan. Klik bebutang Dial.
Tunggu hasil diagnostic.
Keputusan:
Proses diagnostic akan dilakukan oleh komputer pada kedua-dua kaedah di atas. Jika sebarang keputusan tidak diperolehi, ini menandakan modem sedang menghadapi kesulitan. Kesulitan mungkin berpunca dari kerosakan peralatan dalaman atau terdapat sambungan antara peranti yang tidak sempurna.



Soalan 5 (8 Julai 1998) - Perbezaan antara modem luaran, dalaman
Saya baru memiliki sebuah komputer "JARING/Internet Ready". Menurut Outlet Sokongan JARING (JSO - JARING Support Outlet), modem dalaman yang dibekalkan ialah Magic MP32 All-in-one 33.6Kbps. Apakah perbezaan di antara modem jenis dalaman (internal) berbanding modem jenis luaran (external)?

Jawapan
Modem dalaman (MD) terletak di dalam Unit Pemprosesan Pusat (CPU-Central Processing Unit) di mana ia disisipkan ke dalam bas (bus) komputer. Terdapat perbezaan di antara MD dan modem luaran (ML) sama ada dari segi kekemasan, harga mahupun kualiti serta kebolehpercayaan.
Berikut dalah penerangan yang dapat menerangkan lgi perbezaan di antara keduanya:

Kebanyakkan pengguna lebih mengemari MD kerana ia lebih kemas, tiada kabel tambahan diperlukan, komputer senang diubahsuai serta mudah dialihkan. MD mempunyai "serial port" tersendiri di mana ia menggunakan sumber elektrik dari komputer. MD juga mudah untuk dipasang (install), lebih murah kerana tidak memerlukan "casing" dan alat bekalan elektrik yang lain.

ML terletak di luar CPU di mana ia mempunyai "casing" dan memerlukan bekalan elektrik yang berasingan. Modem jenis ini juga menggunakan "serial cable" yang akan disambungkan di salah satu "serial port" di belakang komputer.

ML mempunyai lampu penunjuk LED (Light Emitting Diod) atau LCD (Liquid Crystal Display) yang berfungsi sebagai penanda yang menunjukkan keadaan semasa. LED dan LCD juga berfungsi untuk mendiagnostik sesuatu kesulitan yang mungkin dihadapi terhadap modem.

ML mudah dikawal di mana ia boleh dipasang (on) atau ditutup (off) tanpa menutup atau memadamkan bekalan elektrik komputer terlebih dahulu. ML juga senang untuk dialih gunakan di mana modem untuk PC turut boleh digunakan oleh komputer riba (laptop computer) pada bila-bila masa dan keadaan.

ML juga boleh diubahsuai kekuatan suaranya (volume) serta nampak lebih menarik sekiranya diletakkan di atas CPU anda dengan lampu yang akan berkelipan sewaktu akses ke JARING/Internet.
NOTA DAN NASIHAT:

i. Jabatan Telekomunikasi Malaysia (JTM) merupakan badan yang bertangungjawab menentusahkan sama ada sesebuah modem itu boleh digunakan di Malaysia atau sebaliknya.
ii. Untuk menjamin mutu akses ke JARING/Internet, pengguna disyorkan menggunakan modem yang berkualiti. Walaupun keadaan talian agak bising serta gagang telefon diangkat, melalui modem yang baik ianya dapat meneruskan sambungan ke ISP

iii. Jika membeli modem 56Kbps, pastikan ia boleh ditingkatkan kepada piawaian baru dengan menggunakan perisian di mana perisian tersebut boleh diperolehi secara percuma

iv. Gunakan alat pengalir kilat yang disambungkan ke modem kerana kilat yang kuat boleh merosakkan talian dan modem. Kerosakan pada modem menggangu ketika sambungan serta penghantaran data melalui Internet.

v. Amalkan untuk menanggalkan sambungan telefon ke komputer dan ke modem setiap kali selepas digunakan. Ini bagi menghindarkan peralatan ini dari terkena panahan petir secara langsung

Walaupun pihak JSO menjanjikan akaun JARING/Internet di dalam pakej "JARING/Internet Ready", setiap pengguna perlu juga menyemak mengenai butiran lanjut tentangnya.






Soalan 6 (15 Julai 1998) - Membeli modem bermutu
Bagi menjamin kelancaran melungsuri JARING/Internet, sebuah modem yang berkualiti sangat diperlukan. Apakah nasihat dan panduan untuk membeli atau memiliki sesebuah modem yang baik serta berkualiti?

Jawapan

Selain daripada penyediaan modem yang baik, pengguna dail perlu menyediakan 4 perkara asas sebelum melungsuri JARING/Internet dengan jayanya iaitu:-

Sebuah Komputer Peribadi (PC) atau Macintosh atau yang serasi dengannya.
Perisian yang bersesuaian seperti Windows 95 (PC) atau Free PPP (Macintosh) untuk dialer, Netscape untuk WWW dan Newsgroup, Netscape Mail untuk e-mel dan WS_FTP untuk ftp.
Talian telefon yang berkualiti sama ada dari jenis PSTN atau ISDN yang dibekalkan oleh Syarikat Telekomunikasi seperti Time Telekom, Binariang atau Telekom Malaysia.
Akaun JARING/Internet yang bersesuaian sama ada akaun jenis POP atau akaun jenis UUCP.
Sebuah modem yang baik dan berkualiti bukan sahaja dapat menjamin kelancaran melungsuri Internet, bahkan ia juga sebagai suatu pelaburan jangkamasa panjang. Berikut ialah panduan dalam membeli sesebuah modem yang berkualiti.

A. KAJI LATAR BELAKANG PENGELUAR.

Sebelum membeli sesuatu produk, kajian mengenai latar belakang pengeluar sesebuah modem perlu diambil kira bagi memastikan kita tidak merasa tertipu dengannya. Walaupun khidmat pembelian secara "online" ditawarkan, pemeriksaan perlu dititik beratkan. Jika anda tidak menemui maklumat mengenai pengeluar atau tiada bantuan teknikal, lupakan sahaja produk tersebut. Sebaliknya kaji pengeluar yang lain pula.
B. ELAKKAN DARI MEMBELI PRODUK YANG MURAH ATAU YANG DILAMBAK.
Perlu diingat bahawa:-
a. Modem merupakan peralatan komunikasi utama ke Internet.
b. Banyak wang yang perlu dilaburkan untuk menyediakannya.
c. Anda perlu sentiasa membayar yuran keahlian tahunan ISP.
Oleh itu elakkan dari membeli produk yang murah atau yang dilambak. Tentukan modem berkenaan telah diluluskan oleh Jabatan Telekomunikasi Malaysia (JTM). Risiko amat tinggi jika anda membeli produk yang dimaksudkan. Selain tidak memperolehi khidmat bantuan teknikal, produk ini juga mungkin membawa masalah sewaktu bersambung ke Internet.

C. GUNAKAN MODEM YANG BAIK DAN BERJENAMA.
Melalui modem yang berjenama, peningkatan keupayaan dapat dilakukan. Walaupun keadaan talian agak bising serta gagang telefon diangkat, melalui modem yang baik dan berjenama, ia dapat meneruskan sambungan ke Internet. Beberapa contoh modem yang baik dan berjenama ialah seperti HAYES, MOTOROLLA, THUNDERCOM, SUPRA, US ROBOTIC, GVA, BOCA dan sebagainya.

Nota:
Jika anda tiada mempunyai pengalaman atau pengetahuan mengenai modem dari segi jenama dan model yang khusus untuk dibeli, bertanyalah kepada mereka yang lebih pakar. Kajian melalui pembacaan sama ada di Internet atau majalah akan dapat menambahkan pengetahuan tentangnya.


D. TITIK BERATKAN SOAL KHIDMAT SELEPAS

JUALAN.


Khidmat selepas jualan perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesebuah modem. Jika anda tidak mempunyai atau kurang pengetahuan teknikal, khidmat selepas jualan perlu dititik beratkan. Pastikan hubungan di antara pembeli dan penjual terus terjalin walaupun caj mungkin dikenakan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

PANDANGAN
Pengguna dinasihatkan mendapatkan modem yang baik, kerana teknologinya agak lambat berkembang berbanding kelajuan komputer yang cepat meningkat. Apabila tiba waktunya anda terasa jemu dengan kadar pemprosesan dan prestasi modem serta komputer yang agak lembab, maka bertukarlah kepada yang baru.








Imac

AMD

Perbandingan teknologi pembinaan cip RISC (Reduced Instruction Set Computer) dan CISC (Complex Instruction
Set Computer) merupakan salah satu topik yang agak popular diperkatakan khususnya dalam Internet. Setiap kali
pengeluar cip seperti Intel, AMD, Cyrix dan IDT (CISC) atau Apple (RISC) memperkenalkan CPU terbaru mereka,
topik yang menembungkan dua teknologi popular dalam pembuatan CPU ini akan muncul kembali. Namun, apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan CISC dan RISC ini dan di antara keduanya, yang manakah lebih baik?

Pada asasnya cip CISC memiliki jumlah arahan kompleks yang lebih besar dan berbeza. Pendukung teorinya
mengandaikan bahawa perkakasan komputer sentiasa lebih pantas berbanding perisian yang digunakan, oleh itu
CPU perlukan set arahan yang berkuasa dan para pengaturcara pula akan memerlukan lebih banyak arahan bahasa
himpunan (assembly language) untuk tugas membangunkan program-program yang pendek. Secara relatifnya cip
CISC biasa adalah lebih perlahan untuk setiap arahan dan arahan itu juga lebih kompleks berbanding cip RISC



Sementara itu, cip RISC dikatakan telah muncul pada pertengahan tahun 1980-an sebagai reaksi kepada kewujudan
cip-cip CISC di pasaran. Berdasarkan kepada teori dalam pembuatan cip ini, hampir tiada satu pun arahan dalam
bahasa himpunan yang kompleks digunakan seperti mana yang terdapat pada cip CISC. Dan kebanyakan
pengaturcara pula menggunakan ‘compiler’ yang tidak pernah digunakan untuk arahan kompleks pada cip CISC.

Pengeluar cip RISC juga mendakwa, arahan-arahan yang sedikit, mudah dan pantas adalah lebih baik, berbanding
arahan-arahan yang besar, kompleks dan perlahan. Meskipun begitu, lebih banyak arahan akan diperlukan untuk
menyempurnakan sesuatu tugas. Secara teorinya, cip RISC memiliki satu kelebihan kerana ia kurang menggunakan
transistor sekaligus menjadikan rekabentuknya lebih mudah dan lebih murah kos pengeluarannya. Malah, ‘compiler’
yang berkuasa untuk dioptimakan akan lebih mudah ditulis kerana arahan-arahan yang wujud hanya sedikit.

Sebenarnya masih wujud kontroversi dalam menentukan senibina manakah yang lebih baik. Sesetengah pakar
berpendapat, senibina RISC adalah lebih murah, lebih pantas dan dijangka menjadi senibina pilihan dalam
pembuatan CPU di masa hadapan. Manakala, pakar yang lain mendakwa apabila teknologi RISC menjadikan
perkakasan lebih mudah, maka ia lebih membebankan perisian dan perisian yang lebih kompleks akan diperlukan

Di samping itu, para pembangun perisian juga perlu mengaturcara lebih banyak baris arahan untuk melaksanakan
tugas-tugas yang sama. Jadi, sesetengah pakar cuba menafikan bahawa senibina RISC akan menjadi pilihan di masa
hadapan dan pada masa yang sama cip-cip CISC terkini telah semakin pantas dan lebih murah kos pengeluarannya.

Walaupun cip RISC telah wujud lebih 10 tahun lamanya namun ia masih gagal ‘menyingkirkan’ penguasaan cip
CISC di pasaran. Malah, jika kita mengabaikan permintaan CPU lain di pasaran dan lebih menumpukan kepada
pasaran PC, stesen kerja dan pelayan, mungkin sekurang-kurangnya 75 peratus CPUnya adalah berasaskan kepada
senibina CISC. Kebanyakan CPU tersebut menggunakan standard x86 (seperti Intel, AMD, Cyrix dan IDT), bahkan
untuk kegunaan komputer kerangka utama (mainframe) sekalipun, senibina CISC masih mendominasikan pasaran
menerusi cip IBM/390. Ringkasnya, inilah antara faktor yang dapat mengukuhkan kedudukan cip CISC di pasaran.

Bagaimanapun masih ada yang sangsi, apakah RISC tidak lebih baik daripada CISC? Sebenarnya untuk menjawab
persoalan ini bukanlah mudah. Senibina RISC dan CISC secara umumnya memiliki kelebihan dan kekurangannya
yang tersendiri. Banyak cip RISC pada masa kini mampu menyokong sebanyak mana arahan yang terdapat pada
cip-cip CISC sebelum ini. PowerPC 601 misalnya, boleh menyokong lebih banyak arahan berbanding cip Pentium.

Yang nyata di sini, PowerPC 601 adalah cip RISC, sementara Pentium tentunya CISC. Lebih dari itu, kebanyakan
cip CISC pada hari ini banyak menggunakan teknik yang boleh dikaitkan dengan cip-cip RISC sebelum ini. Secara
mudahnya bolehlah dikatakan, teknologi RISC dan CISC terus berkembang dan saling cabar-mencabar antara satu
sama lain dan tiada petunjuk jelas bahawa senario ini akan berakhir, malah dijangka berterusan di masa hadapan.

Antara faktor penting apabila kita membicarakan teknologi CPU ialah standard x86, yang masih digunakan oleh
pembuat CPU seperti Intel dan AMD yang menggunakan asas senibina CISC. x86 merupakan salah satu standard
bagi pemproses PC untuk kegunaan di rumah dan sistem operasi (OS) popular seperti Windows 95 dan 98 tidak
boleh dijalankan pada mana-mana platform selain x86. Oleh itu syarikat-syarikat pengeluar CPU seperti AMD dan
Intel tidak akan mengenepikan pasaran cip x86 begitu sahaja sekalipun cip RISC telah diakui lebih berkuasa.

Berikutan







Your custom image